Dah lama rasanya tak bawa budak-budak jalan-jalan. So aku dan suami ambik kesempatan macam mak ayah orang lain jugalah untuk ambik cuti dan bawak anak2 jalan-jalan.
Gambar ihsan Google
Kali ni nak ke Peneng. hehe bukannya tak pernah pi Peneng, banyak kali aiihh..45 minit je sampai la dari Taiping ni, tapi kali ni buat pertama kalinya nak bergembira je. Sebelum ni dok lepak Mydin dgn AEON je la beli-beli barang..
Gambar ihsan Google
Destinasi pertama ke The Top, Komtar. The top ni mereka buat macam satu kawasan yang di dalamnya ada pelbagai ruangan untuk acara lain-lain. Kalau nak bawak anak-anak tu kira okey sangatlah. Bukan mainan macam funfair atau hardcore tu.. lebih kepada pameran dan simple je..
Tiket masuk ada dijual pakej dan ada juga dijual berasingan mengikut pintu-pintu masuk setiap tempat. Kami ambik pakej, cara mereka kira kategori budak ikut tinggi. Si Mira tinggi lebih sikit je tapi kami mohon tolonglah masukkan dalam kategori kanak2 jugak.. nasib baik dia setuju..
Harga pakej : all akses
Dewasa RM 78 seorang
Kanak-kanak RM 48 seorang
Masa 10 pagi hingga 10 malam. Kalau nak habis pusing silalah datang awal ye. Kalau macam saya sampai sana pun jam 3 petang..macam-macam hal tak habis pusing pun?? rugikan beli tiket mahal-mahal tak habiskan round.
Tapi selagi lengan kita masih pakai gelang masuk, selagi tu lah kita boleh keluar masuk The Top sehingga jam 10 malam.
Gelang tangan sebagai tiket masuk setiap pintu.
Nak cerita sikit, nak sampai The Top ni payah jugak nak pusing-pusing cari makan. So kami pusing-pusing Perangin Mall dulu.
Banyak jugalah yang boleh di terokai disini. Dengan tiket gelang yang kita pakai tu kita boleh keluar masuk dari 10 pagi hingga 10 malam disini. Dan dicadangkan datang awal kalau boleh jam berapa 10 pagi dah ada kat sini. Banyak kot tempat nak teroka dan boleh berulang -ulang kali keluar masuk.
Disediakan kedai-kedai makan, runcit, toilet dan surau disini. Lepak dan santai je kat sini. Kalau nak release tension tu eloklah sangat.
Last-last KFC je yang ada. Hadap je la sebab perut dah laparkan.. orait dah kenyang jom masuk The Top, layan je la gambar-gambar ni ye..
Antara tempat yang seronok Jurassic Research Centre ni la.. bebudak la seronok !!
The Top - kawasan paling atas Komtar direka untuk diletakkan cermin yang membolehkan kita berdiri memandang ke tanah terus dari ketinggian yang amat..!! Aku dan suami pun tak berani nak jejak cermin tu..anak-anak kemain lagi depa..!!