14 Februari 2018

NAIK BOT DI TAMAN TASEK TAIPING

       Hampir 7 tahun menetap di Taiping, dah lama hati kempunan nak naik bot di Taman Tasek Taiping ni. Hajat hati nak naik dengan anak-anak tapi yang dapat bawak kali ni Amira sorang je. Tapi Amira tak gembira sangat masa berkayuh bot ni pasal kami baru je lepas ambik darah anak beranak di Klinik Kesihatan Tupai. Amira dah demam hari kelima hari ni, kesian sangat dia..jom!mak bawak naik bot ye sayang mak ni 💗💗💗

     Seluas 64 hektar, taman ini memiliki sepuluh tasik dan kolam yang indah, Kolam Teratai, jambatan yang mempesonakan, trek untuk berjoging serta refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga-bungaan, pokok dan hidupan liar. Untuk kanak-kanak, terdapat gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, dan taman permainan untuk memastikan bermain di luar lebih menyeronokkan daripada bermain permainan video terkini.
       
         Jom tengok gambar-gambar ni,pemandangan indah semasa di atas tasek..hehe!! biasanya jogging keliling tasek saja.. 👍
  

                       Kawasan parkin bot..jetinya terapung-apung dan beralih-alih.                     Pegang anak kecil kuat-kuat ye..




















23 Januari 2018

SILVERITAGE IPOH, MEDAN GOPENG

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana. 
 Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah. 









Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak.

Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga.




Ada air pancut ditengah-tengah kawasan.


Kedai-kedai masih kosong.




Tangga dan eskalator yang membawa naik ke atas.






Ha..lain kali nak singgah lagi untuk sarapan..jom you alls.

04 Januari 2018

MEDAN SELERA TOK SAGOR , IPOH

Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak sekarang Medan Selera Dato Sagor dah cantik dan kemas. Hari tu saja-saja abang saya ajak singgah makan pagi, tapi macam tak banyak pilihan yang ada..kebanyakkan kedai yang tawarkan Roti Goyang atau Roti Telor Gedik dan kebanyakkan kedai milik peniaga Cina. Campur-campur kedainya dengan kedai Melayu sebelah-sebelah.jom layan gambar ni;











Gambar masjid pun tak ketinggalan diambil..berhadapan Medan selera ni






JALAN-JALAN KE PENENG AVATAR SECRET GARDEN

Hari tu siangnya bersuka ria di The Top, malamnya kami pergi ke Penang Avatar Secret Garden beralamat di  336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Waktu masuk dari jam 8.00 pagi hingga 12 pagi.

Punyalah teringin nak mai sebab bila google depa kata antara tempat menarik di Peneng ialah taman ini. Oklah sekurang-kurangnya mai la sekali tahu macamana tempatnya. Orang ramai sangat di sini walaupun malam menjelang.

Jom layan gambar-gambar di bawah;