Alhamdulillah rezeki miliki Konstar yang satu ni dah tercapai. Cuma nak buat resepi menggunakan produk ni belum terror lagi. Kalau takat kisar bawang dalam keadaan hancur dan slice tu dah buat dah. Sandwich pun dah buat dah.
Kali ni aku nak buat kek pulak menggunakan Konstar ni. Jangan ragu-ragu jom kita mulakan.
Beli tepung siap kan senang.
Masukkan tepung dan air mengikut sukatan.
Macam biasa masukkan minyak sikit
Telor sikit
dan kacau, kena tekan jugak Konstar ni, pada aku dia taklah lekat kejap sangat.
Hasil selepas kacau. Adalah dalam 10 minit aku kacau, bila dah lenguh tangan tu aku berhentilah. Campuran pun nampak halus dalam mangkuk acuan.
Tuang dalam acuan oven.
Selamat terbakor...
Ni hasil lepas bakar. Kek 500 gram Red Valvet.
Belah dua sebab ada niat nak bubuh cream ditengah-tengahnya.
Dan Non Diary Cream ni pun siap. Krim ini tidak dipukul dalam Konstar ye..oh tidak! Guna mixer lah untuk pukul. Dan ini adalah pengalaman pertama aku belajar memukul cream jadi aku fikirkan aku failed sebab tak goncang kotak non diary ni terlebih dahulu... krim tak mau kembang !! huuuuhu
Hasil krim tanpa goncangan ni di sapukan pada kek. Bahagian tengah yang sudah dipotong dan dibahagian atasnya.
Nah, dah siap kek ni..yum yum .
SO, lain kali nak buat senang dah ada Konstar. Nak basuh pun senang. Alhamdulillah.