Dari Kuantan hadiri kenduri kahwin sepupu kami terus bergerak ke Kemaman untuk makan petang disana. Yang bestnya sata dan beberapa makanan seafood tersedia disepanjang tepi jalan sebagai makanan utama disana . Berpinggan jugaklah order sata. Nama kedai lupa, sebab adik yang bawak. Kalau tak silap Aziz Satar nama kedainya. Tapi sekeliling jalan tu banyak lagi kedai sepertinya, pilih jangan tak pilih.
Lepas kenyang makan Sata tu aku sekeluarga bergerak menuju ke Kuala Terengganu. Bertolak jam 6 petang dan tiba dibandar Kuala Terengganu jam 10 malam. Sekarang dah mudah dan tenang perjalanan sebab ada highway yang menuju Kuala Terengganu terus. Bayaran tol RM 15.90. 3 jam juga atas hughway dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Ada 2 R&R besar sepanjang perjalanan. Kenderaan tak banyak sangat. Mungkin orang pantai timur stail tak suka jalan malam kot. Tiba di Kuala Terengganu seronok tengok lampu disana waktu malam, memang dah happening sangat. Berbeza masa aku pernah sampai sini tahun 2008 yang lepas. Nampak sign UTC ni pun dah meriahkan kan kan!!
Kesilapan terjadi sebab tak booking hotel awal. Tiada hotel kosong dah. Jenuh juga suami keluar masuk 3 hotel untuk tanyakan kekosongan akhirnya hotel ketiga ada kekosongan. Syukur ALLAH.
Hotel Sentral ni memang selesa. Moden dan bersih. Suka sangatlah anak-anak aku ni. Mak depa ni pun sukalah jugak.hehe !! Malam tu suami beli makanan dan bungkus kami makan dalam hotel anak beranak. Memang kami biasanya macam ni bila tiba destinasi waktu malam. Lepas makan terus tidurlah kan kan..
PASAR PAYANG
Esoknya destinasi pertama ialah Pasar Payang. Masih macam dulu, penuh dengan manusia dan masih macam dulu barangan yang aku beli hanyalah kain batik Terengganu, kekacang dan manisan. Makan pagi pun disini tapi orang penuh dan tak berapa segar udaranya..macam-macam ada disini dan aku tetap cari nasi dagang jugak!!..
Pemandangan dari atas parkir Pasar Payang.
MUZIUM KUALA TERENGGANU
Bila terbaca je tentang muzium ni terus hati melonjak nak pi. Khabarnya sebagai salah satu muzium terbesar di semenanjung. Sampai je terus kagum dengan keindahan muzium yang bagaikan istana lama zaman dulu kala. Corak bangunan muziumnya yang kelihatan klasik dan rumah lama menanbahkan gelora ketidaksabaran nak masuk kedalam.
Tiket masuknya berbentuk Kad Poskad yang boleh digunakan untuk pos. Tiketnya tak perasan berapa RM, mungkin 2 ringgit kot. Layanlah gambar-gambar dibawah ni untuk tatapan semua. Kebanyakkan gambar diambil diluar kawasan Muzium sebab terlalu kagum dengan keindahan hiasannya. Dalam muzium nampaknya tiada apa yang menarik sangat untuk dirakamkan. Pamerannya pun biasa-biasalah sangat tiada yang menarik pun. Ada juga ruangan untuk Pameran Petroleum dan ruangan untuk Pameran Seramik untuk tatapan umum.
MASJID KRISTAL
Masjid Kristal adalah destinasi seterusnya selepas Muzium Negeri. Nasib baik Masjid Kristal dan Taman Tamdun Islam terletak bersebelahan saja. Cuaca panas sungguh masa tiba disini. Masuk saja ke perkarangan masjid memang banyak sangat bas-bas persiaran yang ada. Rombongan cik Kiah dan rombongan sekolah pun banyak.
Seronoklah sebenarnya bila dah dapat sampai sini. Akhirnya jumpa jugalah dengan apa yang selalu dihebahkan orang tentang keindahan masjid kristal ni. Kalau tak kita hanya dengar sajakan apa yang orang cakapkan. Syukur ALLAH atas nikmatMu. Jom layan gambar-gambar ni..
TAMAN TAMADUN ISLAM
Kami naik kereta ke destinasi seterusnya TTI ni. jauh jugaklah kalau nak jalan kaki kan. Tiket masuk RM 21.90 dewasa dan RM 15.90 bagi kanak-kanak. Amira tak dikenakan tiket kerana kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah masuk adalah percuma. Alhamdulillah.
Ketika kami masuk ke sini jam dah 2. 30 petang. Panas terik tidak terkirakanlah cuacanya. Mula-mula tu rasa nak berjalan kaki je dengan anak-anak dari satu monumen ke satu monumen tapi panasnya dah mula menyengat kepala terus minta husband belikan tiket naik tram. Seorang RM 5.90. Tram ni akan lalu dari satu ke satu monumen dengan penerangan yang ringkas dari rakaman pembesar suara dan akan berhenti di tiga monumen yang hebat seperti Taj Mahal, Mekah dan (tak ingat!!). Ada rakaman tayangan gambar seperti studio wayang dan kita boleh tonton sejarah tentang monumen itu bagi ketiga-tiga monumen hebat ini. Kami sempat tonton tentang Taj mahal sahaja kerana Amira dah mula muntah-muntah air tiba-tiba. Dia muntah tak henti-henti dalam sejam gitu. Aku dah mula risau sangat. Kami tak berhenti lagi dan dah habis perjalanan tram kami terus keluar dari situ. Dalam kereta pun Mira muntah dua kali lagi..masyaallah Amira!! Amira!!
Silalah layan gambar-gambar yang sempat disnap ni..
Habis nilah destinasi terakhir kami di Kuala Terangganu ni. Jam pun dah menujukkan jam 5.30 pm kami nak berangkat pulang ke Taiping, Perak pula. Dari Kuala Terengganu terus tiba ke Jeli. Memang kagum tengok Jeli, penuh dengan kawasan beli belah dan kedai makan sepanjang dua jam perjalanan melalui Jeli ni. Taklah sunyi perjalanan melaluinya macam sebelum-sebelum ni. Stesen minyak dan hotel banyak sepanjang perjalanan. Berbaloi rasanya bermalam di Jeli tapi lain kalilah pulak. Nak buat rombongan Family Daylah pulak lain kali Insyaallah.
Lepas dua jam bermulalah dua jam pulak perjalanan gelap gelita melalui Puncak Titiwangsa. Kereta banyak jugak tapi mereka laju meninggalkan kami dalam kegelapan malam..hihi. Kalau lalu time siang mesti kagum lihat pemandangan indah kanan dan kiri bukit dan bukau tapi ni lalu time malam apakan daya, berdebar-debarlah juga hati ni. Mujur tak bertembung dengan gajah atau seumpamanya..jam 1.30 pagi selamat sampai rumah, alhamdulillah. Selamat menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH dan yang penting selamat sampai rumah..banyak sungguh nikmatMu ALLAH...Syukur...syukur