29 Julai 2016

TOMPOK KEBIRUAN DI KAKI

       Aimil mengadu padaku, 'mak,kaki saya kena gigit nyamuk!!'. Aku lihat kearah kakinya, terdapat tompokan merah sebesar duit syiling RM0.10 dan RM0.20 lebih kurang 4 tompokan. Mmm,aku periksa cecair ubat nyamuk ini masih ada lagi ditempat tidurnya. Ok takpe nanti mak sapu minyak gamat ye'. Aimil mengangguk saja. 


         Esoknya Maghrib Aimil mengadu lagi,'mak tengoklah kaki saya jadi macam ni!'. " Ya Allah! aku terkejut melihat apa yang terjadi pada tompokan merah semalam bertukar biru kehitaman. Macam kurap pun ada, macam kena sedut dek ulat pun ada. Ayahnya gagal beri keputusan apakah tompokan ini. Buat masa ni kami kata kena gigit nyamuk je la. Redha je lah. Jangan perkara buruk yang tidak diduga pula. Ya ALLAH, minta simpang. Beginilah rupanya ;
                                               
           Esoknya jam 2.00 pm selepas Aimil pulang dari sekolah aku teringat dan terus bertanyakannya tentang kakinya. Nampak kebiruan semakin berkurangan. Alhamdulillah.

                                                  

          Rasanya mungkin lain orang lain jenis tindakbalas terhadap gigitan nyamuk ni kot. Aimil ni takdelah masalah apa cuma tula, masalah dalaman kita tak tahukan. Moga ALLAH lindungkan. Amin

TUSUKAN PENSEL DI BADAN

           Sebagai seorang ibu yang menghantar anak ke Tadika bukanlah sikap yang disukai jika kita menegur guru-guru tadika anak kita. Memang sejak aku hantar Aimil Tadika lagi (kini dia 11 tahun) hinggalah sekarang aku menghantar Amira tak pernah lagi aku menegur cara penjagaan guru-guru disana. 

            Cuma kerap, memang kerap Amira pulang dari sekolah tadikanya dan membawa kesan calar dan kesan tusukan pensel pada badannya. Dan setiap kali itulah juga aku sentiasa rasa nak bertanyakan tentang kepekaan guru tika anak di Tadika. Tapi aku pendamkan je, tak syoklahkan. Nanti dia dendam pada anak kita pulak. Jadi aku pendamkan je. 

            Sebulan jadi dua bulan. Dua bulan jadi enam bulan akhirnya setahun setengah dah ni lalu ke nak tunggu lagi. Anak sebulan sekali bawak balik kesan calar, kadang-kadang sebulan dua kali. Akhirnya hari ni terjadilah dialog dengan Cikgu Tadika Amira yang dianggap penyelia diantara cikgu-cikgu lain disitu ;

"Cikgu, akak nak tanya pasal kesan tusukan Amira, dia kata kawan dia cucuk pensel"

"Kak, kalau kak nak tahu kadang-kadang Amira pun cucuk kawan dia jugak"

"Ye, kak tahu. Dah tentulah depa suka main macam tu sebab selalu dibiarkan. Takkan cikgu nak biarkan je. Dah selalu sangat mereka main cucuk-cucuk macam ni"

"Maaflah kak,mungkin ni berlaku masa bukan dalam kelas saya"

"Tak kisahlah dalam kelas sape-sapepun cikgu tapi tolonglah jangan bagi budak main-main macam ni lagi. Kena badan takpelah, lain kali kena dada ke kepala ke pulak kan susah nak jawab tu"

"Baiklah kak, maaflah kak. Nanti kami tengokkanlah."

"Kak pun minta maaflah jugak, terpaksa tanyakan. Minta tengok-tengokkan ye"

"Baiklah kak"

"Terima kasih cikgu".

Fuh !! bukan senang jenis orang macam aku ni nak tegur-tegur orang kecuali dah terpaksa sangat. Harap-harap cikgu-cikgu tu boleh melarang sikit budak-budak ni. Kita sebagai mak pun faham budak-budak bukan boleh dikawal sangat tapi kalau dapat diperhatikan sikit secara konsisten itu lebih baikkan. Dah berada dalam bidang kanak-kanak ni terlepas pandang memang pantanglah bab budak-budak ni. Masyaallah.

                                                  


Bila tengahhari ambil Mira malas nak ceritalah dialog Mira dengan cikgu dia pulak. Kata Mira dia diboikot sebab Cikgu mengadu mak marah cikgu. Mmm...tabahkanlah hati dan badan Mira, kadangkala kita kena telan apa yang berlaku. Sabar je la ye sayang..

27 Julai 2016

MENYAKSIKANMU

Bismillahirrohmanirrohim..

Bisik hati sentiasa

mencari wajahmu
agar diri ini dapat menyaksikan
satu keindahan yang dirindukan

menyaksimu

adalah perjalananku
Yang paling susah
kerana kelupaan itu lebih menguasaiku
berbanding kesungguhanku
menyaksiMu

Wahai Ilahi

ampuni aku
yang kerap lalai
dalam menyaksikanMu
terpedaya aku dengan keindahan dunia
tertipu aku dengan indahnya noda
yang membuatkanMu
menjauhi rasa cinta semesta

Ya Robb

dekatkanlah qalbu ini
agar sentiasa diterjemahkan rinduku ini
dengan menyaksikanMu
dengan penuh kesaksian
yang Ilahku bukanlah milikku
hanya milikMu..

Bila lagi malam akan terus membangunkanku 

agar langit yang terbungkam itu menerangi 
cahaya yang disembunyikannya 
untuk aku mamasuki alam kecintaanMu
dalam penyaksianku

27 julai 2016
3.34 pm
Taiping