04 Jun 2016

MARHABAN YA RAMADHAN

Syukur kehadrat ALLAH swt kerana mengizinkan Ramadhan membaluti hati umat - umat Islam sekali lagi. 06 jun 2016 bersamaan dengan tarikh hari lahir Amira, Ramadhan kali ini kuharap akan penuh bermakna.

Ku bermohon kehadrat ALLAH moga mengurniakan banyak rahmat dan kemurahan rezeki pada keluarga kami. Juga merendahkan serendah rendahnya jiwa kami yang dalam genggamannya, agar kami diizinkan beribadat lebih banyak lagi pada bulan mulia ini.

Itu adalah kerana kami memohon untuk diberi sedikit pembukaan qalbu yang disinari Nur dimana kuncinya ada dalam perbendaharaanMu jua YA ROBBAL ALAMIN.. sesungguhnya jika diizinkan kami dibukakan qalbu maka akan menjadi ibadah thoiybah akan semua amalan kami yang hina ini YA ILAHI..

Kepada Engkau jua kami berserah diri dan kepada Engkau jua kami dikembalikan..

Amin..ya ROBBAL ALAMIN