Assalamualaikum..sekali lagi menjejak puncak bukit yang sejuk ini. Angin sejuk yang melalui celahan gunung dan menyapa kulit nipis kami pada percutian yang tidak terancang ini memang mengembirakan hati kami.
Seperti dikata perjalanan ke mari memang tidak dirancang lansung. Alih-alih terus je nak ke sini sebab dah lama tak jejak. Ternyata dalam tempoh 3 tahun hampir 98% Cameron Highland tiada perubahan. Malahan suasana tidak sesejuk dulu. Kami bermalam di Hotel Sentosa, hotel murah saja. Satu malam RM 150 bagi double queen 2 set. Memang itulah saiz katil tidur kami sekarang bagi 1 bilik hotel. Dah tak muat nak kongsi tilam dah..sebelum tu kami usik anak-anak yang bilik hotel tiada air-cond, Aimil hampir tak percaya dengan apa yang kami katakan. see! mak dan ayah tak bohongkan!! takde air-cond sungguh haa..
Selain tempat-tempat lain tiada perubahan, maka kami terpegun melihat Kompleks baru di sini.. Nova namanya (tak pasti nama penuh). Kami cuba masuk ke dalam, tak banyak kedai dibuka. Ditingkat atas tempat untuk bergambar secara 3D. RM 48 bagi dua dewasa dan 2 kanak-kanak. Ok jom layan gambar 3D kami..
Oleh kerana inilah tempat pertama suasana 3D yang aku pernah masuk so..bestlahkan bagi aku dan anak-anak. Oraitlah tu kan 2 hari 1 malam di Cameron Highland. Nikmati gamar-gambar menarik sekitar Cameron yang sempat kami snap.