Anak perempuan 4 tahun aku, Amira akan konvo 2 minggu lagi. Konvokesyen itu menandakan berakhirlah dia di alam Taska Permata. Rezeki menempatkan dia di Taska Permata dibawah naungan Pejabat Tanah memang aku anggap sebagai tuahnya. Masuk seawal usia 2 tahun dan keluar ketika umur 4 tahun. Paling aku suka kemudahan dan keselesaan anak-anak memang utama disini. Dan bayaran bulanan pula tidaklah mahal seperti taska swasta diluar sana.
Belajar Gosok Gigi (Doktor Gigi datang chek gigi)
Cooking Like a Chef
Serius melakukan kerja
Sambutan Birthday Setiap Bulan
Permata bagi aku memang sebuah institut pelajaran yang memang best. Jumlah kakitangan yang kendalikan anak pun ramai sekurang-kurang 3 guru dan 3 pembantu. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan mesti hadir mesyuarat yang akan membincangkan isu-isu semasa atau perancangan lain untuk bulan hadapan. Mesyuarat tetap wajib dihadiri atau akan effect kepada rekod anak kita.
AKtiviti-aktiviti taska lain yang di jalankan di taska ni memang kerap dan lasak. Pada pandangan aku membawa rombongan anak-anak ini pergi berjalan-jalan di Tesco pun dah cukup ok, Tapi mereka para guru mesti membawa anak-anak ini keluar untuk memenuhi keperluan aktiviti mereka. Contohnya paling lasak ialah membawa anak-anak ke atas Bukit Larut. Dengan menaiki Land Rover Klasik kami dan hampir 30 orang kanak-kanak 2 hingga 4 tahun sampai ke puncak Bukit Larut.
Dah ada atas Bukit Larut ni
Jambatan ni cantik, Mira sempat posing..
Bergambar di Mercu Tanda Bukit Larut
Seminggu lepas tu akibat hujan yang terlalu banyak di Taiping salah satu liku jalan di atas sana runtuh dan rabak. Syukur kami semua selamat pergi dan balik tempoh hari.
Bagi mereka yang berpeluang menghantar anak ke Permata lebih baik mengambil peluang ini untuk pembelajaran anak. Memang anak kita akan menjadi ceria dan lebih berani untuk menghadapi cabaran..insyaallah.