11 Februari 2024

SCAMMER CALL NAK SITA RUMAH

29 November 2023

Bila aku search dalam Google, aku pelik banyak rupanya kes pasal kena scammer dengan RHB Bank. Bukannya RHB bank buat hal, tapi manusia yang ambik kesempatan di atas hutang pelanggan dengan RHB bank.

Bila aku menerima panggilan dari nombor kebanyakkan berawalan 03 aku jadi pelik. Bila aku kirakan hari tu saja aku dah terima 11 panggilan dari lebih 5 nombor yang berlainan. No handphone pun ada. Rupanya suami aku pun dapat panggilan yang sama. Jenuhlah depan dok ligan kami hari ni saja.

Akhirnya lebih kurang jam 3 pm aku angkat salah satu call tu. 

"Saya Sara dari RHB Bank. Kami nak maklum yang kami nak ambik tindakan pada suami puan (dia sebut nama suami tapi tak betul sebutannya !) Kami sekarang sedang menuju kerumah puan untuk buat sita !! 

Alamat mana? aku tanya.. dia sebut alamat tempat kerja suami? Aku jadi pelik? Kemudian dia mencadangkan call nombor lawyers kononnya, aku ambil nombor tu kononnya nak call la padahal aku dapat rasa ada yang tak betul sedang berlaku.

Lastly aku buat carian Google dan sah scammer !! Bila kita call nombor yang dia bagi mereka akan minta kita bayar berapa yang termampu untuk hentikan tindakan sita itu kononnya!

Ramai yang cerita kena scammer macam ni. Bayangkan kalau mereka sebut rumah tu alamat mak bapak aku dah sah sah aku akan panik dan mungkin akan bayar tidak sedikit jumlahnya konon kalau tidak mereka boleh sita atau rampas barangan dirumah mak ayah aku !!..

Allah, macam-macam sekarang ni orang nak cari makan atas kelemahan orang lain. Kesian insan yang telah diperdayakan oleh mereka. Semoga Allah SWT memelihara kita semua..aamin



14 November 2023

PEMBEDAHAN BYPASS

Suami (kugelar abang) dah lama sakit jantung.  Serangan pertama sejak 2012 lagi. Sudah beberapa kali buat Angiogram dan dah masuk Stand pun.

Selepas suntikan vaksin Spritzer tahun 2020 sakitnya makin parah. Cukup 2/3 bulan lepas tu jantung semakin sakit jadinya. Akhirnya makan ubat bawah lidah tu 5 biji sehari. Allah..

Panggilan pertama untuk buat bypass pertengahan 2022 tapi tak boleh pulak sebab positive covid. Ujian PCR dibuat di klinik dua hari sebelum jadual pembedahan. Tak sangka pula positif ini bererti kali kedua suami aku positif.

Hampir 2 minggu sebelum tarikh bypass yang baru tiba-tiba suami diserang minor stroke. Mujur sempat dikejarkan ke hospital Taiping. Syukur alhamdulillah suami baik-baik saja selepas serangan strok kecil itu.

Allah Hu Akhbar

Kalau boleh tak mahu sampai ke tahap buat bypass sebab macam-macam cerita kita dengar. 

Ada yang selamat ada yang tak selamat ada yang okey ada yang tidak okey. Ada yang buat kali kedua pulak selepas selesai kali pertama.

Sesungguhnya kita bertawakkal hanya kepada Allah.

Kesian abang dah lama sakit. Akhirnya abang check in 21 September 2023 di IJN. 


Pembedahan dirancang 23 September tapi bila sudah check-in tarikh pembedahan diberi pada 26 September pula. 

Susah sebenarnya nak merancang masa bila sudah masuk IJN sebab IJN tidak ada ketetapan tarikh yang betul untuk memulakan operasi. 

Mereka bergantung kepada kehadiran pakar-pakar jantung termasuk dari Singapura dan juga waktu operation dipengaruhi tarikh-tarikh tertentu seperti kalau Cuti am dan Sabtu Ahad mereka tidak membuat operation seperti jadual kerja government yang normal.

Jadi susahlah isteri yang bekerja seperti aku untuk mengiringi suami. Mujur aku ambil terus satu bulan cuti separuh gaji untuk menjaganya. 

Bayangkan hari keenam berada di IJN baru nak dioperate. Kos perbelanjaan hotel dan makan jangan ceritalah. Moga Allah murahkan rezeki kami. 

Hari Pembedahan.

- 26 September 2023.
Tak tenang tidur sejak malam tadi. Akhirnya 3.30 pm abang masuk bilik bedah. Dalam hati tak putus-putus berdoa.

9.30 pm IJN hubungi beritahu abang sudah berada di ICU. 6 jam tempoh operate. Bila kami sampai di ICU abang penuh dengan wayar di muka dan seluruh badannya, Amira menangis melihat keadaan ayahnya. Aku sebak tapi aku tahu suami aku kuat.

Haulullah 
Quwatullah 
Qudratullah
Ya Qadir

Malam tu diberitahu jangan tutup handphone sebab apa-apa hal bilik ICU akan call minta waris datang. Punyalah aku tak lena tidur. Adik pandang handphone saja. Syukur lena hingga ke pagi.

27 September
- Kami dibenarkan berjumpa dia semula jam 12 tengah hari esok waktu melawat. Itu pun selama 1 jam sahaja. Tapi Syukur sangat-sangat bila kami kembali keesokkan harinya abang dah bangun dan boleh berbual-bual.

Cuma abang nampak kesakitan sikit sebab ubat bius dah mula hilang malahan badannya kena menelentang sahaja tak boleh kali ke kanan atau ke kiri. 

Sekali-sekala abang minta diangkat katil elektriknya lebih tegak dan kaki direndahkan. Kami juga terpaksa tarik-tarik tangan abang sebab dia lenguh sangat. 

Aduh kesiannya abang. Abang langsung tak makan lebih 24 jam. Tak ada selera katanya, dah dua tiga kali juga dia muntah-muntah. Sementara itu tiub-tiub di muka dan badannya masih belum dicabut. 

Petang lawatan jam 6.00 - 7.00 pm sahaja. Syukur abang semakin membaik.

28 September
- Hari kedua jam 12 tgahari kami sampai ke bilik ICU dapati abang di pakaikan saluran pernafasan yang bersaiz besar. 

Keadaan abang agak stress kerana dari pagi dia di pakaikan tiub pernafasan bersaiz besar tu. Ada kalanya dia tak bergerak kerana menahan rasa tak selesa. 

Aku tahu bgmana rasanya sebab masa bersalinkan kedua-dua anak memang mereka ada pakaikan saluran tiub pernafasan tu dalam hidung aku. Memang berpinar mata dan pedih sampai ke organ otak rasanya. Itu yang kecil halus punya tiub.

Ni yang dalam lubang hidung suami aku punyalah besar saiz tiub sebesar jari kelingking. Bunyi oksigen yang masuk Ya Rabbi macam ribut taufan menyumbat dalam kepala abang. 

Abang kata dari pagi jam 7 pagi depa dah sumbat oksigen tu, aku pun ajar abang demi keselesaan minta dia keluarkan sikit saluran tiub tu dihujung hidung.

Punyalah takut abang nak cabut, takut kena marah kot. Last-last dia tolak keluar tiub sikit barulah dia nampak selesa dan normal. Nampak lebih selesa bernafas dan Alhamdulillah bacaan nafasnya tetap stabil dan maxima.

Alhamdulillah empat hari di ICU abg dipindahkan ke wad biasa. Abg boleh bangun tapi aku mandikan di tandas. Kemudian abang menerima sedikit taklimat ringkas dari pegawai fisioterapi yang mewajibkan abg berjalan 20 minit sehari dan membuat beberapa senaman dada. Alhamdulillah sepanjang disana abang dapat lakukan dengan baik.

Akhirnya selepas 7 hari tempoh pembedahan abang dibenarkan keluar IJN. Syukur abg nampak sihat sangat bila sampai ke rumah.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang insan ini menerima nikmatMu sekali lagi..

ALLAH HU ROBBI
LAILAHAILLALLAH ANTA..
SUBHANAKAINNI KUNTUM MI NAZZOLIMIN

MASUK IJN : 21 SEPTEMBER 2023
PEMBEDAHAN: 26 SEPTEMBER 2023
KELUAR IJN : 3 OKTOBER 2023.



16 Februari 2023

BUKA PUASA

Alhamdulillah..

Diizinkan Allah berbuka puasa di Damia Restoran..tepi jalan sebelah Klinik Az Zarra.


Bismillah 


13 Oktober 2022

SERANGAN SAKIT PADA SUAMI

Bismillahi Rahman nir Rahim hari ini baru aku ada kekuatan untuk bercerita tentang perkara yang terjadi kepada aku pada 25 September 2022.

Kami sekeluarga sedang bersiap seawal 6.00 pagi untuk bertolak ke Selama. Ada  program disana tapi Jan 7.30 pagi hanya suami aku belum siap.

Aku pun menjenguk dia di belakang bilik belakang aku tengok dia sedang berdiri menghadap almari berdiri tegak dan tidak bergerak dan  belum berbaju aku pun tegur dia aku tanya, " abang kenapa belum siap?" dia diam dan tak bergerak berdiri kaku.

Kemudian aku kuatkan suara lagi " abang, kenapa belum pakai baju tu?" masa tu dia tolehkan kepala dia tapi badan masih tegak mengadap almari.

Matanya terbeliak tapi dia tak pandang aku, lepas tu dia pandang kanan dia pandang kiri lagi dengan mata terbeliak dan pergerakan sangat perlahan macam patung.

Aku berkata dalam hati, ini dah lain macam ini dah bukan macam suami aku, kata aku.

 Aku terus terpa dan meletakkan dia baring di atas katil sebelah almari kemudian masa tu dia langsung tak boleh bergerak terus aku selimutkan dia dengan tuala dia dan aku ajar dia mengucap.

Masa tu mata dia terbeliak ke atas dan kemudian perlahan-lahan tertutup dan tiada pergerakan langsung selama hampir 10 saat.

Aku jadi sangat panik sampai tak tahu nak buat apa hanya mengajar suami mengucap 
Lailahaillallah 
Lailahaillallah 
Lailahaillallah 
dan seperti elektrik dia terbuka mata dan ucap Lailahaillallah berkali-kali dengan jelas dari mulut dia.

Lama kelamaan bunyi lailahaillallah semakin tak jelas tapi masih berbunyi Lailahaillallah.

Kemudian aku menangis aku berkata Ya Allah jangan hari ini, jangan hari ini Ya Allah.

Hari ini adalah hari program penting anjuran guru kami. Kami tak mahu jadi pengkhianat yang tidak hadir ke sana memandangkan hampir separuh program itu melibatkan aku dan suami.

Tapi takdir menentukan dalam 10 saat tu suami semakin baik dia dapat mengelipkan mata beberapa kali dan lancar mengucap lailahaillallah kemudian ajaibnya dia tiba-tiba dia bangun duduk dia tunjuk kearah baju.

Aku baringkan dia balik tapi dia tunjukkan arah baju aku pun mengambil baju berwarna hijau t-shirt biasa dan disarungkan kepada dia. 

Dia menolak untuk pakai baju tu dia tunjukkan baju korporat merah yang sepatutnya dia pakai untuk majlis hari ini.

Nampaknya dalam kepala dia masih ada niat untuk pergi ke majlis itu.  

Aku juga masih bingung masa tu tiba-tiba aku dapat satu semangat aku kata ini tak boleh jadi kami kena tekad batalkan majlis hari ini apa nak jadi jadilah kesihatan suami perlu diutamakan.

Aku ambil ubat jantung bawah lidah dia ternyata keadaan dia semakin memburuk dia tak boleh buka mulut untuk kemam ubat tu dan dia tak boleh bercakap. Bunyi yang keluar dari mulutnya sama seperti bunyi orang strok!!

Masa tu aku baru sedar yang dia kena stroke sebelum ni aku ingatkan serangan jantung sahaja. Aku tukar baju dan terus ke hospital aku drive sendiri dia duduk disebelah semasa dia duduk disebelah aku bagi dia minum air tapi dia tak boleh minum seolah-olah tak merasa air tu masuk air tumpah balik ke baju dia. Aku sedih sangat masa tu.

Sekali-sekala dalam beberapa saat dalam kereta keadaan dia nampak okey dia pandang kanan pandang kiri seolah-olah sedang menikmati pemandangan pagi itu sambil menggenggam genggamkan tangan dia.

Aku ambil jari dua tunjuk depan dia " abang nampak tak jari ni berapa? cuba sebut dua?" aku suruh dia ikut dua tapi yang keluar dari mulut dia hanya ucapan Lailahaillallah.

Kemudian aku tunjuk ubat depan mata dia dia tak dapat cari ubat depan mata dia terpandang kanan dan kiri.

Dan bila sampai depan pintu hospital emergency aku keluar dari tempat memandu untuk turunkan dia dan aku terkejut sebab dia dah buka pintu dan turunkan sebelah kaki dia masa tu aku rasa bersyukur keadaan dia sangat elok masa tu kemudian pekerja hospital tolak kursi roda dan letakkan dia di situ.

Walaubagaimanapun ketika itu dia tak boleh bercakap langsung.

Aku diarahkan parking kereta dan aku tinggalkan dia di situ bersama Aimil. Bila aku kembali dia diletakkan di zon merah. Hari tu hari ahad aku bersyukur sebab tak ramai orang sunyi sangat kalau hari biasa entahlah pening kepala parking pun takkan ada malahan tempat nak duduk menunggu pun tak ada.

 7.15 pagi dia masuk zon merah dalam 9.15 pagi mereka pindahkan dia ke wad CCU.

Jam 6 petang waktu melawat tu baru aku dapat tahu kondisi dia sebenar dari doktor.

Dari results scan ada blok darah beku disebelah kiri otak bererti ada efek stroke disebelah kanan badan tapi mereka kata effect block tu menghasilkan strok yang sangat rendah kesannya.

Mereka juga tak bagi suami aku makan sepanjang hari tu bererti sudah 12 jam dia tak makan dari semalam dan mereka tetap tak bagi suami aku makan sampai esok pagi sebab nak buat sekali lagi CT scan brain tu. 

Mereka takut ada kesan pendarahan lain sebab mereka terpaksa bagi ubat cair darah dalam dos yang tinggi kepada suami aku.

Kesan ubat tu asbab dia kembali normal dan dapat bergerak seluruh tubuh dengan normal semula.  Alhamdulillah dengan izin Allah.

Dari 5.00 petang sampai 7 malam waktu melawat aku bersama suami aku aku dapati suami aku sangat sihat dan bertenaga dia boleh duduk sendiri dan berkalih badan sendiri malahan dia sudah boleh mengangkat punggung sendiri untuk ke arah kiblat. Syukur Ya Allah.

Tapi satu saja, dia tidak mempunyai ingatan dia tak boleh sebut nama aku ni cuma boleh kata dia ingat namaku tapi dia tak boleh sebut.

Dia asyik kata dia ingat aku tapi bila dah hampir sejam ingatan dia seolah-olah kembali pulih dan dia menyebut nama anak-anaknya si Aimil dan Amira dia juga menyebut mak dan abahnya.

Kemudian dia minta kunci dia sebut kunci aku pun bagi dia kunci kereta tapi dia kata bukan kunci nak sebut kunci dia kata dia ambil kunci tu dia toreh-toreh tilam nak mengatakan kunci rupanya dia minta pen. Pen tu dia sebut kunci!!! aku pun minta dari misi aku ingat dia nak tulis sebab dia tak dapat bercakap dengan betul dia nak tulis rupanya dia tidak boleh menulis dia langsung.  

Dia tak boleh menulis huruf abcd dan dia pun terkejut kenapa dia tak boleh tulis?

Dia asyik ulang kenapa tak boleh tulis ni? kenapa tak boleh kunci ni? dia masih sebut perbuatan tulis tu sebagai kunci !! 

Aku memujuk suami. Aku kata ini kesan ubat sebab tu dia tak boleh ingat untuk menulis dan bercakap. 

Kemudian aku bagi tahu dia masa tu jam dah pukul 6 petang. Dia terkejut dan kata "Allah, tak solat lagi !! dia langsung tidak mengingati waktu tapi dia ingat pukul 6 dia belum solat kemudian dia minta nak solat aku pun ambil spray dan spray ke tangan dia untuk berwuduk.

Masa ambil spray tu dia lumur ke tangan dia kemudian dilumur ke muka dia kemudian dia kata "Ya Allah kenapa tak ingat ni (step wuduk)? kenapa tak ingat ni? kemudian dia lumur tangan ke siku kemudian dilumur kaki.

Selesai berwuduk dia pusing ke arah kiblat terus dia solat. Dia tak ingat nak baca apa dan aku membacakan Al Fatihah. Bila ku baca Al-Fatihah terus dia ingat dan dia baca sendiri. 

Dia menangis masa solat dan aku pun turut menangis sama mungkin dia sedar sesuatu sedang berlaku pada diri dia.

Aku suruh dia sabar dan ingat kepada Allah sesungguhnya Allah tidak zalim aku kata pada dia lupakanlah semuanya ingat kepada Allah sahaja.

Lepas aku keluar Aimil masuk kemudian Mira masuk jumpa ayah dia. Mira masuk pun tak lama sebab aku tak bagi dia cakap banyak dengan ayah tapi dia keluar dengan tangisan.

Dia menangis semahu-mahunya dia kata lepas dia cium tangan ayah untuk balik, ayah pun cium tangan dia. Mira tak henti-henti menangis sampai masuk dalam kereta sambil sebut dosa-dosanya pada ayah. Dosa seorang anak perempuan yang nakal.

Aku bagi tahu sebelum ni mak dah banyak kali pesan kat mereka jangan sakiti hati ayah sebab ayah tu sakit dan bila-bila boleh berlaku perkara yang tak diingini pada ayah.

Aku pun ingat aku dah kehilangan suami aku pagi tadi tapi ternyata Allah masih panjangkan umur dia Allah masih memberi keajaiban kerana Allah masih sayang pada kami terima kasih ya Allah.

Sekarang suami aku Alhamdulillah semakin baik dan semakin sihat. 

Syukur Ya Robbal Alamin 

13 Jun 2022

MUZIUM KESENIAN ISLAM

13 Jun 2022

Hari ini aku bersama Amira datang melawat Muzium Kesenian Negara. 


Sebabnya nak tunggu suami habis Chek up di IJN akak dan anak dara sunti ni berjalan-jalan dulu. 


Harga tiket dewasa RM 14
Harga tiket pelajar RM 7


Pameran pertama yang kami singgah adalah Masjidil Haram. Banyak replika masjid dibina disini. Ditingkat atas pula ada pemeran AL Quran dari Timur Tengah, pakaian-pakaian penting dalam peradaban Asia dan senjata-senjata pun ada dipamerkan.

Disini kak nak abadikan memori dan gambar sebab nak datang lagi tak tahulah bila kan..


Gambar tiada penerangannya, hanya memori yang akan hadir bila terpandang gambar ini nanti.














































































Selamat melayari blog akak, kalau ada peluang jom hadir ke Muzium Kesenian Negara ye. Sokong usaha untuk memartabatkan nilai kesenian dinegara kita.

Bye bye


06 Mac 2021

CARA DAFTAR SSM SECARA ONLINE

Write on 6 Mac 2021.

Sejak semalam hamba menyibukkan diri untuk mendaftar syarikat di portal talian SSM iaitu "https://ezbiz.ssm.com.my". Hampir sehari suntuk jugalah hamba mengadap komputer dirumah untuk mensetelkan peringkat pertama sahaja.

Pada pendapat hamba ianya satu urusan yang agak renyah. Jika tak pandai komputer dan tiada kesabaran yang tinggi  sila cari yang lebih arif untuk menguruskannya (upah orang) .Namun jika sudah bersedia dengan 1001 kemungkinan sila teruskan.

Hamba nak kongsikan apa yang hamba lalui sahaja dan hamba tidak ambil upah untuk menguruskan sebarang servis register atau sebagainya. 

Pendaftaran ini juga adalah pilihan kedua selain dari datang ke pejabat SSM sendiri.Hamba yang tinggal di Taiping ketika ini mempunyai masalah untuk rentas daerah disebabkan PKPB maka hamba berdaftar online sajalah.Ofis SSM hanya ada di Ipoh buat masa ini.

Setahu hamba jika kalian boleh pergi sendiri pejabat SSM lagi senang. Dengar kata semua settle kat situ sahaja. Hamba dengar kata sahaja !!,hamba takde pengalaman melaluinya.

Perkara pertama yang kita kena buat ialah SIGN UP dulu. Ini adalah kerana kita aktifkan ID yang dikawal oleh SSM untuk luluskan kemasukan kita dalam web ezbiz ni. 

Bukan boleh guna terus web ini,register untuk dapatkan kelulusan untuk guna sistem dulu. So tekanlah butang SIGN UP dan isilah apa maklumat yang diminta. Salah satu maklumat yang ditanya ialah Email. Email sangat penting, sila pastikan kita memberi email aktif  ya !!




Sebaik saja dah save, tindakan terhenti di situ . Ini bererti kita telah menghantar permohonan kita untuk disemak oleh pihak SSM. Pihak SSM akan membalas dengan mengemail kita sahaja , depa takkan menelefon atau mesej kita ye. 

Dan email boleh disemak dalam tempoh 3 hari bekerja tapi untuk urusan ni tak sampai setengah jam SSM dah respon.  

========================================================



==========================================================

  Okey ni lebih kurang email pertama yang kita akan dapat. SSM telah redha dengan username dan password anda then depa hanya suruh log in semula untuk next step.


=========================================================


So, ikut je button yang disuruhnya tekan. Lepas log in ,klik 

USER PROFILE dan klik USER VERIFICATION REQUEST. Lepas tu dia akan keluar paparan ni :


=========================================================


========================================================

Okey bila dah klik Add New ni dia akan minta tindakan ini dari anda.


=========================================================

  Untuk arahan 4.a - iaitu WAJIB sediakan salinan ic depan belakang dan di upload. Perlu diingatkan upload button ada satu je ye, bukan dua. Jadi maksudnya anda kena sediakan satu format PDF, atau JPEG atau PNG dan ic anda kena ada gambar depan dan belakang dalam satu page yang sama. Kalau pergi potostat (kena caler tak boleh hitam puteh rasanya) kemudian kenalah di ubah secara format gambar juga iaitu format PDF, atau JPEG atau PNG. Yang ini kenalah tanya orang yang pandeiii buatnyeer.

Arahan 4.b - Si pemilik IC kena sediakan gambar macam mamat ni pegang. 


Hamba dah bagi gambar pegang ic dengan kedua tangan di bawah dagu,depa rejectnya !!

Hamba make up lah muka hamba yang pegang ic tu guna apps cantikkan gambar,pun depa reject !!.

Jadi bagilah muka sebenar anda ketika dan detik itu then cari tempat yang terang, pegang ic sebelah tangan (tak kira kanan kekiri kemudian snap atau selfie jer) then transfer image dalam komputer dan upload. 

Bab ni sensetif sangat, kalau gambar kabur ke resolusi tinggi atau rendah sangat ke,depa reject !! Sila buat lain.

Arahan 4.c - Hamba ambil gambar dan transfer dalam komputer melalui telegram. Hamba upload gambar lesen memandu sebelah depan je. Depa terima !!.

Perlu DIINGATKAN, sekiranya SSM telah reject dalam satu antara arahan-arahan di atas, maka semua gambar WAJIB di UPLOAD semula. Samada gambar yang diterima atau gambar di di query.

Macamana kita nak tahu kita telah di query? caranya lepas kita dah upload semua dokumen di atas danklik SUBMIT.Sila tunggu email kurang dari sejam rasanya kalau dia QUERY dia akan hantar email begini:

========================================================





====================================================

Email beritahu status ialah QUERY. 

Cara untuk perbetulkan query ialah LOG IN dan klik lagi sekali,


=========================================================

=========================================================


Masa kita dah klik tu kita akan nampak tajuk gambar kita sebagai masalah query tu so kita akan tahu kenapa kita kena query.

Senang je kan..  😁😁😁

Okey bila dah selesai semua step dan SSM pun puas hati dengan dokumen kita,maka dalam masa kurang dari sejam SSM akan email ini :

=========================================================



=========================================================

HOREEEYYYY.....

DAH APPROVE AKHIRNYA...!!

Maka SSM EZBIZ ONLINE ini anda yang punya . Anda sekali lagi dah boleh LOG IN dan semua acsess sudah boleh di capai oleh anda samada anda nak Register SSM yang baru atau nak renew atau pelbagai urusan lain lagi.

PERLU DIINGATKAN, sekiranya anda ingin DAFTAR rakan kongsi di dalam perniagaan ini samada Enterprise atau lain-lain, rakan kongsi anda itu sendiri perlu berdaftar sendiri di online SSM EZBIZ sama seperti anda hingga berjaya APPROVE.

Apabila mereka rakan kongsi anda telah diAPPROVE kan oleh SSM sama seperti anda, baru anda boleh mendaftar mereka sebagai rakan kongsi anda yang sah dalam perniagaan online ini.


SELAMAT BERDAFTAR SECARA ONLINE..